Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih buat
anda yang sudi membuka ruangan ini. Ruangan ini direka, agar saya mendapat sebarang pandangan serta saranan dari anda yang mungkin dapat kita berkongsikan bersama.
Diruangan ini, anda mungkin akan mengenali saya dengan lebih dekat serta mengetahui sedikit dari aktiviti saya yang mungkin akan berguna untuk anda demi menambahkan sedikit pendapatan untuk diri serta keluarga mungkin.
Saya sedang berjinak2 untuk mengusahakan perternakan Ayam Belanda (piru)secara kecil-kecilan. dan sekiranya terkumpul dana kemungkinan akan saya usahakan sebagai sebuah ternakan yang besar semampu saya.
Buat masa sekarang saya masih lagi di tahap membuat kajian di tahap sederhana membabitkan bahagian utama iaitu tahap pemasaran produk hasil dari ternakan Ayam Belanda ini.
Ada mungkin daging ayam ini agak asing bagi kita di Malaysia. Berikutan dengan tanpa sebarang promosi berkaitan, serta minat pengguna yang telah tentu tiada pada mana2 pengemar makanan esotik.
Saya sedang cuba mencari sebanyak mungkin cara yang bersesuaian demi mempromosi daging ayam belanda ini.
Bagi saya, potensi dalam bidang ini memang cerah, kerana masih belum ada mana2 pengusaha yang berani melibatkan diri dalam penternakan ini secara besar-besaran. Insyaallah...
Terbaru saya di tawarkan untuk membeli sebuah ladang ternakan kambing. waah bukan main teruja lagibila dapat naik kekandang kambing. tetapi memandangkan kepada harga yg di pinta oleh pemilik.. tertelan air liur sebentar... hampir2 setengah juta RM tu...sah2 di luar kemampuan ku... mane nak korek RM500K...
tapi benar bidang baru yang ditawarkan kepada saya itu cukup berpotensi...memandangkan kepada kadar keperluan daging kambing negara..takmengapa nanti kita usahakan lah beransur2..lagi difikirkan pun bende lain mungkin tak menjadi...
..